Pihak Istana Kuala Kangsar menjemput barisan kepimpinan G3 untuk majlis Santap bersama Sultan Perak













Pencaturan Politik Malaysia

Susulan dari perhimpunan “menuntut keadilan untuk Adib” yang berlangsung di Padang Besar Ipoh kelmarin, pihak PPM difahamkan bahawa barisan kepimpinan Gagasan Tiga, atau G3, telah dijemput ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk bersantap bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di satu majlis yang bakal dilangsungkan oleh pihak istana.
PPM diberitahu bahawa ada seorang di kalangan orang-orang istana yang hadir ke perhimpunan dan bertemu dengan kedua-dua Datuk Azwanddin Hamzah dan Raggie Jessy Rithaudeen selepas kedua-dua pemimpin G3 tersebut tamat memberi ucapan.
Menurut sumber dipercayai yang bertemu PPM, majlis santapan tersebut adalah bagi meraikan tertubuhnya G3 dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Istana dan G3.
Kami diberitahu bahawa Sultan Nazrin menganggap G3 sebagai satu akibat semulajadi kedaifan dan sikap tidak endah barisan kepimpinan Islam yang sedia ada yang selama 61 tahun tidak mampu menyatukan umat Islam.

Kami juga difahamkan bahawa pihak Istana tidak berpuas hati dengan cara urustadbir Tun Mahathir dan sudah tidak yakin lagi dengan kemampuan parti-parti Bersatu, PAN, PKR, Pas dan Umno menyatukan umat Islam walaupun parti-parti ini bersetuju menubuhkan barisan kepimpinan baru.

Comments

Popular posts from this blog

KJ, Mat Hasan bersubahat dengan Tun M melumpuhkan UMNO

Hamzah Zainuddin disogok dengan dana RM2 bilion untuk membeli MP UMNO