Pihak Istana Kuala Kangsar menjemput barisan kepimpinan G3 untuk majlis Santap bersama Sultan Perak
Pencaturan Politik Malaysia Susulan dari perhimpunan “menuntut keadilan untuk Adib” yang berlangsung di Padang Besar Ipoh kelmarin, pihak PPM difahamkan bahawa barisan kepimpinan Gagasan Tiga, atau G3, telah dijemput ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk bersantap bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di satu majlis yang bakal dilangsungkan oleh pihak istana. PPM diberitahu bahawa ada seorang di kalangan orang-orang istana yang hadir ke perhimpunan dan bertemu dengan kedua-dua Datuk Azwanddin Hamzah dan Raggie Jessy Rithaudeen selepas kedua-dua pemimpin G3 tersebut tamat memberi ucapan. Menurut sumber dipercayai yang bertemu PPM, majlis santapan tersebut adalah bagi meraikan tertubuhnya G3 dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Istana dan G3. Kami diberitahu bahawa Sultan Nazrin menganggap G3 sebagai satu akibat semulajadi kedaifan dan sikap tidak endah barisan kepimpinan Islam yang sedia ada yang selama 61 tahun tidak mampu menyatukan umat Is