Posts

Pihak Istana Kuala Kangsar menjemput barisan kepimpinan G3 untuk majlis Santap bersama Sultan Perak

Image
Pencaturan Politik Malaysia Susulan dari perhimpunan “menuntut keadilan untuk Adib” yang berlangsung di Padang Besar Ipoh kelmarin, pihak PPM difahamkan bahawa barisan kepimpinan Gagasan Tiga, atau G3, telah dijemput ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk bersantap bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di satu majlis yang bakal dilangsungkan oleh pihak istana. PPM diberitahu bahawa ada seorang di kalangan orang-orang istana yang hadir ke perhimpunan dan bertemu dengan kedua-dua Datuk Azwanddin Hamzah dan Raggie Jessy Rithaudeen selepas kedua-dua pemimpin G3 tersebut tamat memberi ucapan. Menurut sumber dipercayai yang bertemu PPM, majlis santapan tersebut adalah bagi meraikan tertubuhnya G3 dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Istana dan G3. Kami diberitahu bahawa Sultan Nazrin menganggap G3 sebagai satu akibat semulajadi kedaifan dan sikap tidak endah barisan kepimpinan Islam yang sedia ada yang selama 61 tahun tidak mampu menyatukan umat Is

KJ, Mat Hasan bersubahat dengan Tun M melumpuhkan UMNO

Image
Pencaturan Politik Malaysia Pihak PPM diberitahu bahawa Pemangku Presiden UMNO, Mat Hasan, merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang Tun M menarik 38 MP UMNO ke dalam Bersatu. Kelmarin, PPM memaklumkan bahawa kroni Tun,  Tan Sri  Ting Pek Khiing, telah menyogok DS Hamzah Zainuddin dengan dana bernilai RM2 billion untuk membeli MP-MP tersebut. Kami difahamkan bahawa DS Hamzah merupakan dalang utama perpecahan dalam UMNO dan bertanggungjawab ‘sabotaj’ jentera pilihanraya sejak sebelum pengumuman tarikh PRU-14. Dalam usaha Tun membatalkan pendaftaran UMNO sebelum Mac 2019, satu usaha komprehensif oleh beberapa individu yang diketuai DS Hamzah mengumpulkan bukti salahlaku Zahid untuk memaksa beliau bercuti. Tujuan ajen-ajen Tun ini adalah untuk memastikan proses menenggelamkan UMNO berjalan lancar menerusi kerjasama Mat Hasan dan kuncu-kuncunya, termasuk DS Khairy Jamaluddin dan Tengku Adenan.

Hamzah Zainuddin disogok dengan dana RM2 bilion untuk membeli MP UMNO

Image
Pencaturan Politik Malaysia Pihak kami baru digemparkan dengan satu pendedahan yang melibatkan 38 MP UMNO yang di katakan akan menyertai PPBM pada atau sebelum bulan Febuari 2019. Menurut sumber, dan setelah meneliti bahan bukti, tidak syak lagi bahawa kroni Tun, Tan Sri  Ting Pek Khiing, telah menyogok DS Hamzah Zainuddin dengan dana bernilai RM2 billion untuk membeli MP-MP tersebut. Kami difahamkan bahawa DS Hamzah merupakan dalang utama perpecahan dalam UMNO dan bertanggungjawab ‘sabotaj’ jentera pilihanraya sejak sebelum pengumuman tarikh PRU-14. Untuk makluman, Tan Sri  Ting Pek Khiing merupakan kroni Tun yang baru ini diberikan projek pembangunan Langkawi New City yang bernilai hampir RM30 bilion.